Friday, February 22, 2008







ALAMAT DAN NO. TEL

ALAMAT :
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SRI HARTAMAS
JALAN 23/70A,
DESA SRI HARTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR

NO. TEL :
03 - 62032559
03 - 62032071

NO. FAX :
03 - 62032498

E-MAIL :
bombahartamas@yahoo.com

TALIAN KECEMASAN :
999

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SRI HARTAMAS




UNIT ALAT PEMADAM API


Unit Alat Pemadam Api ini mula beroperasi di Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas pada bulan Februari 2005.

Pada tahun 2007 pemeriksaan yang telah dibuat sebanyak 9,680 unit.

Sebanyak RM 48,400.00 telah dikutip daripada pemeriksaan yang dijalankan sepanjang tahun 2007.

Pada tahun 2007, Jabatan Akauntan Negara (Audit Dalaman) telah berpindah ke Putrajaya dan semua urusan penghantaran Laporan Bulanan dan juga jawapan pertanyaan akan dihantar terus ke Jabatan Akauntan Negara (Audit Dalaman) Putrajaya.

UNIT PILI BOMBA




Unit Pili Bomba bergerak secara aktif bagi memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan baik dan sempurna bagi kegunaan pasukan operasi ketika pemadaman dibuat.

Statistic yang diperolehi dari unit ini pili bomba dibawah jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas adalah 749 Pillar Hydrant, 121 Ground Hydrant awam manakala 127 Pillar Hydrant swasta.

Bagi kerosakan pili bomba didapati pili bomba diturap denga tar/tanah/pasir sebanyak 6 unit, pili bomba bocor (paip pecah) 3 unit, spindle valve patah/ketat/tidak berfungsi/hilang sebanyak 100 unit, Batu ‘H’/Tiang Pili Bomba patah sebanyak 5 unit dan chamber pili bomba dipenuhi pasir/tanah dan lain-lain sebanyak 8 unit.

Bagi kerosakan yang lain pula pili bomba dihalang sebanyak 3 unit, kotak chamber pili bomba hilang sebanyak 5 unit, outlet cap pillar hilang sebanyak 50 unit dan lain-lain masalah berkaitan sebanyak 34 unit.

Dari segi penyelenggaraan pili bomba ; menguji pili bomba dibuat sebanyak 819 unit, membersih piliu bomba sebanyak 316 dan mengecat pili bomba sebanyak 18 unit.

PENGUATKUASAAN


Jumlah premis ditetapkan dikawasan jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas adalah sebanyak 123 unit. Kebanyakan premis ditetapkan berada di kawasan Pusat Bandar Damansara, Sri Hartamasa, Mont Kiara dan Bandar Manjalara. Peningkatan premis ditetapkan berlaku di kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi.

Sepanjang tempoh tahun 2007 pemeriksaan Menghapuskan Bahaya Kebakaran telah dibuat terhadap semua premis ditetapkan mengikut jadual yang disediakan. Pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai Penjaga Balai dan juga Pegawai bertugas pada tarikh-tarikh yang ditentukan.

Sebanyak 572 notis dan 4 kompaun telah dikeluarkan sepanjang tahun 2007 diatas pelbagai kesalahan.

STATISTIK OPERASI





Statistik tahun 2007 menunjukkan kadar kebakaran yang tinggi berlaku pada bulan April dan bulan Ogos. Walaubagaimanapun tidak terdapat catatan kematian semasa kebakaran sepanjang tahun 2007.

Statistik khidmat khas pula menunjukkan kadar kemalangan yang tinggi sering berlaku di kawasan jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas. Kawasan yang sering berlaku kemalangan maut adalah di Lebuhraya Utara Selatan dan juga Lebuhraya Sprint. Sepanjang tahun 2007 seramai 4 orang dicatat kematian akibat kemalangan jalanraya.