Friday, February 22, 2008

SEJARAH BALAI

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SRI HARTAMAS mula dibina pada 2 April 2001 dan telah siap pada 11 November 2002 dengan menelan belanja sebanyak RM 10,055,429.92. Penyerahan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat adalah pada 18 Disember 2002.

Pada Januari 2003 dengan kekuatan Pegawai seramai 1 Pegawai Bomba Gred KB 22, 1 Pegawai Bomba Gred KB 17, 3 Ahli Bomba Gred KB 16, 4 Ahli Bomba Gred KB 14 dan 16 Ahli Bomba Gred KB 11 bersama 1 jentera FRT Scania, 1 Mitsubishi Pajero dan 1 Van Isuzu membolehkan Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas beroperasi sepenuhnya.

Pada 8 Mac 2003 Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas telah dirasmikan oleh YB Dato’ M. Kayveas.

Selama 5 tahun beroperasi, Balai ini telah menerima 3 Pegawai Penjaga Balai iaitu ;

1 Januari 2003 - 3 September 2006

PBII NAWAWI BIN SUKARDI

3 September 2006 – 15 Januari 2007

PBII ARIFF BIN HJ MOHAMED KASSIM

15 Januari 2007 – Sekarang

PBII HAMID BIN DAUD

Kini, Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas mempunyai kekuatan Pegawai seramai 1 Pegawai Bomba Gred KB 22, 34 Pegawai Bomba Gred KB 17 termasuk 2 Pegawai wanita. Manakala jentera pula, 1 jentera FRT Scania, 1 TTL Magirus, 1 Mitsubishi Pajero dan 1 Van Isuzu.

No comments: